PILIH ROTI UNTUK DIET | DiMAR

Tuesday, 7 March 2017

PILIH ROTI UNTUK DIET

Di taip oleh marziana shukri pada jam 11:55 am

TIPS MEMILIH ROTI YANG TERBAIK UNTUK DIET


Siapa perasan kalau pergi jer kedai supermarket mesti nampak banyak jenis roti? Uollss pun mesti konpiuss nak amik roti yang mana. Banyak jenis pulakk tuu. Betul takk?

Hari ni Saie nak share Jenis-jenis Roti Loaf yang ada di Malaysia dan Roti mana yang palingg sesuai untuk dimakan.
.
.
1. White Loaf / Sandwich Loaf
.
Biasa dipanggil roti putih atau roti sandwich. Bahan utamanya tepung gandum berprotein tinggi dan menjadi pilihan utama sebab harga yang murahh.
.
.
2. Wholegrain, Wholewheat dan Wholemeal
.
Apa perbezaan 3 jenis roti ni? Sebenarnya ia roti yang sama jee (roti gandum penuh) cumanya Wholegrain dan Wholewheat digunakan di US. Wholemeal digunakan di UK. Ia dihasilkan dari gandum yang tak diproses sepenuhnya. Warnanya gelap sebab bran yang menyelaputi gandum tu tak dibuang.
.
Untuk uolls yang ingin turunkan berat badan, disarankan makan roti ni sebab kandungan serat tinggi dan nilai G.I nya lebih rendah tauu. Semakin rendah nilai G.I, lagi sesuaiii uollss amik untuk diet yang berkualiti.
.
.
3. Multigrain
.
Roti ini terdiri dari beberapa jenis bijiran yang berbeza sebagai ramuan utama. Tapiii tak semua roti Multigrain yang 'healthy' tauu. Nak tauu yang mana bagus, pertama skali baca ramuan dan pastikan ada istilah 'whole' dalam bijiran yang digunakan. Kedua, pastikan nilai serat/fiber tinggi di ruangan maklumat pemakanan sekurang-kurangnya 8g per 100g okeyh.
.
Nilai G.I roti ni lebih rendah dari roti wholegrain bermakna roti inilah yang paling sesuai untuk diet yang berkualiti. Sebabnya die bekalkan kedua-dua komponen serat larut dan tak larut. Serat larut (contoh oat etc) boleh pegang air dan membentuk 'gel' jadi sifat ini akan perlahankan pergerakan makanan dalam usus. Sekaligus boleh buat uolls rasa kenyanggg lebih lama. Serat tak larut pulakk boleh bantu kawal paras glukosa darah uolls. Lebih gelap warna roti tu, lebih bagus untuk dimakan.
.
.
Kesimpulannya, dalam banyak-banyakk jenis roti di Malaysia, Roti Gardenia (purple) yang paling sesuai untuk dimakan untuk uolls yang nak diet tuu sebab nilai G.I yang paling rendah dan serat yang tinggi buat kita rasa kenyangg jerr. Selamat memilih 


.
P/s: Jika rasa bermanfaat #SHARE tauu post ni. Biar orang lain boleh tau jugakk tips best nii

Kredit: SusuSejat



Stokis Gula-Gula Kurus Terengganu.






















0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © 2016 DiMar Exclusive. All rights reserved | Create New Post, Design