DiMAR: March 2017

Wednesday, 22 March 2017

Nak kurus? Minum air masak!

Di taip oleh marziana shukri pada jam 12:33 pm 0 komen



NAK KILO TURUN CEPAT MINUM AIR MASAK BANYAK-BANYAK


Ehh yekee? Bukan ke kalau minum air banyak-banyak nanti jadi gemok air? Camner pulak boleh turun berat pulak?

Uolls tak perlu risau pon sebenarnya, yang perlu risau, jika uolls kurang minum air. Sebabnya badan kita ni memang memerlukan air yang banyak. Air boleh bantu tingkatkan metabolisme dalam badan, dan bila metabolisme meningkat, berat badan uolls akan turun dengan cepat. Haa jelas kan?



Berapa Liter Sehari Perlu Kita Minum sebenarnya?


Pertama sekali, uolls kene tahu dulu berapa liter sehari yang uolls mesti minum. Sebabnya kadang-kadang mesti uolls rasa uolls dah banyak sangat minum air kosong seharian, tapi rupanya 2 liter pon tak sampai. 


Nak minum air kosong ni bergantung kepada berat badan seseorang. Setiap 25kg perlu minum 1 liter air kosong. Contoh boleh tengok bawah:-

Fatimah - berat 75kg
1 liter - 25kg

75kg / 25 = 3 liter
Jadi Fatimah perlu minum 3 liter sehari!!!
Berapa berat uolls?
Jom semak, berapa liter uolls perlu minum sehari untuk kekal sihat, cergas cantik dan bertenaga.
(Berat Badan Bahagi 25kg = )

ataupun uolls boleh tengok gambar kat atas tu. 

Dah tahu berapa liter yang uoll perlu minum sehari, uolls cuba konsisten tau habiskan. Nak turunnn lagi cepat, stop terus minuman bergula. Konpem uolls boleh selim tau. Tak caye? Try laa dulu baru tauu.


  Credit untuk Stokis Dimar : saidatul.afiqah

Nak order Mince? 
Whatsapp +60184621981 DIMAR HQ
























Wednesday, 15 March 2017

SENAMAN IKUT BENTUK TUBUH

Di taip oleh marziana shukri pada jam 10:43 am 0 komen


SENAMAN IKUT BENTUK BADAN

Ada 3 jenis bentuk badan asas iaitu BENTUK EPAL, PEAR & CILI, korang kena pastikan mana satu bentuk badan korang untuk mudah korang ikut senaman ini.

Senaman ini paling BERKESAN :

1. BENTUK EPAL - Korang ada miliki tubuh bentuk epal boleh buat pelan senaman FOKUS pada kardiovaskular dan latihan menguatkan otot. Ini adalah RAHSIA bagi mengurangkan lemak. Berjalan perlahan2 atau berlari2 anak atau jogging boleh jadi pilihan senaman.

2. BENTUK PEAR - Senaman kardio yang korang boleh FOKUSkan pada bahagian bawah badan. Berlari atau berbasikal adalah pilihan TERBAIK untuk tubuh berbentuk pear ini.

3. BENTUK CILI - Bagi korang miliki tubuh ini seharusnya berkaitan dengan pembinaan otot dalam usaha memastikan berat korang yg berlebihan tu dibuang pada bahagian tengah agar boleh menghasilkan bentuk tubuh yang sempurna. Latihan menggunakan pemberat adalah amat penting.
Amacam, senaman ini mudah jekan nak buat? Boleh dah buat senaman 5-10 minit pagi ni.
Jangan lupa share, mana tau ada kengkawan korang akan buat senaman mudah ini.

Credit : Mingguan Wanita
Share tau!
EJEN DIMAR : mas.amiza 






















Tuesday, 7 March 2017

PILIH ROTI UNTUK DIET

Di taip oleh marziana shukri pada jam 11:55 am 0 komen

TIPS MEMILIH ROTI YANG TERBAIK UNTUK DIET


Siapa perasan kalau pergi jer kedai supermarket mesti nampak banyak jenis roti? Uollss pun mesti konpiuss nak amik roti yang mana. Banyak jenis pulakk tuu. Betul takk?

Hari ni Saie nak share Jenis-jenis Roti Loaf yang ada di Malaysia dan Roti mana yang palingg sesuai untuk dimakan.
.
.
1. White Loaf / Sandwich Loaf
.
Biasa dipanggil roti putih atau roti sandwich. Bahan utamanya tepung gandum berprotein tinggi dan menjadi pilihan utama sebab harga yang murahh.
.
.
2. Wholegrain, Wholewheat dan Wholemeal
.
Apa perbezaan 3 jenis roti ni? Sebenarnya ia roti yang sama jee (roti gandum penuh) cumanya Wholegrain dan Wholewheat digunakan di US. Wholemeal digunakan di UK. Ia dihasilkan dari gandum yang tak diproses sepenuhnya. Warnanya gelap sebab bran yang menyelaputi gandum tu tak dibuang.
.
Untuk uolls yang ingin turunkan berat badan, disarankan makan roti ni sebab kandungan serat tinggi dan nilai G.I nya lebih rendah tauu. Semakin rendah nilai G.I, lagi sesuaiii uollss amik untuk diet yang berkualiti.
.
.
3. Multigrain
.
Roti ini terdiri dari beberapa jenis bijiran yang berbeza sebagai ramuan utama. Tapiii tak semua roti Multigrain yang 'healthy' tauu. Nak tauu yang mana bagus, pertama skali baca ramuan dan pastikan ada istilah 'whole' dalam bijiran yang digunakan. Kedua, pastikan nilai serat/fiber tinggi di ruangan maklumat pemakanan sekurang-kurangnya 8g per 100g okeyh.
.
Nilai G.I roti ni lebih rendah dari roti wholegrain bermakna roti inilah yang paling sesuai untuk diet yang berkualiti. Sebabnya die bekalkan kedua-dua komponen serat larut dan tak larut. Serat larut (contoh oat etc) boleh pegang air dan membentuk 'gel' jadi sifat ini akan perlahankan pergerakan makanan dalam usus. Sekaligus boleh buat uolls rasa kenyanggg lebih lama. Serat tak larut pulakk boleh bantu kawal paras glukosa darah uolls. Lebih gelap warna roti tu, lebih bagus untuk dimakan.
.
.
Kesimpulannya, dalam banyak-banyakk jenis roti di Malaysia, Roti Gardenia (purple) yang paling sesuai untuk dimakan untuk uolls yang nak diet tuu sebab nilai G.I yang paling rendah dan serat yang tinggi buat kita rasa kenyangg jerr. Selamat memilih 


.
P/s: Jika rasa bermanfaat #SHARE tauu post ni. Biar orang lain boleh tau jugakk tips best nii

Kredit: SusuSejat



Stokis Gula-Gula Kurus Terengganu.






















 

Copyright © 2016 DiMar Exclusive. All rights reserved | Create New Post, Design